Pages

Tuesday

Bingkisan Cinta buat 'Ibu'


Bismillahirrahmanirrahim...


Sekadar coretan ringkas berkenaan masalah kebobrokan moral dan sosial yang begitu serius melanda  masyarakat melayu yang beragama ISLAM di Malaysia...Semoga bingkisan ini bisa mencetus kesedaran buat semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca dan menghayati lantas menginsafi diri.... Ingatlah,daki-daki dosa itu pasti dapat ditebus dengan taubat kepada Allah.Jangan putus asa dalam mencari rahmat, redha dan kasih sayang Allah. Fahamilah Deen Nya, nescaya akan kau temui makna kehidupan ini....


Ibu,
Aku cuma ingin tahu…
Mengapa aku ditinggalkan di situ…
Bersama…
Hanyir…
Busuk…
Jijik…
Kotor…

Ibu,
Aku masih tidak mengerti…
Mengapa aku dibiarkan sendiri…
Berteman…
Lipas…
Lalat…
Sampah…
Semut…

Ibu,
Jika benar aku ini buktinya cinta ibu dan dia…
Mengapa aku dibuang merata…
Di bawah jambatan…
Di semak samun…
Di tepi jalan…



Ibu,mama, ummi,
Aku sunyi tanpa dirimu menemani…
Aku sakit digigit semut…
Aku rimas dihurung lalat…
Tubuhku kedinginan dihembus angin malam yang menyapa sayu…

Mengapa aku diperlakukan sebegini?
Aku juga mahu hidup gembira…
Punya keluarga dan dikasihi saudara…
Punya cita-cita dan ada rasa…
Jahatkah aku?
Berdosakah aku?

Duhai,
Sudah lupakah akan janji Tuhan?
Neraka jahanam akan dihumban…
Bergaul bebas tanpa batasan…
Agama dan adat tidak dipedulikan…

Wahai insan tolong hentikan….
Usah terus diulit fantasi…
Bukalah mata…
Bersuaralah hati…
Jauh di sudut jiwa…
Berhentilah menjaja cinta…
Berhentilah bergelar pendosa…
Dan mengundang murkaNya…



"Sungguh rugi mereka yang membunuh anak-anaknya kerana kebodohan tanpa pengetahuan (Bahwa Allahlah yang memberi rezeki kepada hamba-hambaNya), dan mengharamkan rezeki yang dikaruniakan Allah kepada mereka dengan semata-mata membuat-buat kebohongan terhadap Allah. Sungguh, mereka telah sesat dan tidak mendapat petunjuk." (Al-An'aam : 140)


6 Safar 1432H
21 Januari 2011


0 comments:

Post a Comment

 

Min QalBi ILa UmMAh Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino | Distributed by Deluxe Templates