Pages

Monday

Cerita selepas Ramadhan



Assalamu'alaikum warahmatullah,

Sudah lama sangat tidak menarikan jemari di ruang ini. Banyak asbabnya yang Dia sahaja mengetahui.Salam penuh kemuliaan buat semua yang sudi menjenguk ke teratak qalbi saya yang sudah agak bersawang ini,semoga kalian sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayangNya.2 minggu bercuti raya,pelbagai cerita menarik yang ingin saya kongsikan.Namun bukan di ruangan ini kerana monitor pc saya sedang 'sakit' dan perlukan pemeriksaan rapi sejak semalam ;)..Jadi,entri kali ini sekadar sapaan perkhabaran rasa jiwa dan hati kita usai 2 minggu Ramadhan berganti Syawal yang telah berlalu.Adakah masih bersih dan suci semulus Ramadhan yang dirindu?Tengok pula ibadah yang istiqomah kita laksanakan sewaktu Ramadhan,adakah masih diteruskan atau terhenti di pintu Syawal yang terbuka?Jom sama-sama tepuk dada,lalu tanyakan perkhabaran iman di hati.Sekadar ini buat coretan kali ini..,Senyum dengan penuh pengharapan, bersama tafakur di dalam kekerdilan..


0 comments:

Post a Comment

 

Min QalBi ILa UmMAh Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino | Distributed by Deluxe Templates