Pages

Thursday

Muslimah dan senyuman..(^____^)


Assalamu'alaikum warahmatullah...


Aiman tak kesah...
Itu Aiman yang kata..
Tapi saya bukan Aiman..^^
Jadi saya benar-benar kesah...


Saya jadi hairan apabila ada yang mengketegorikan saya sebagai 'orang yang suka senyum'.Heh...saya tak kata.Ada lebih dua orang kenalan yang menyatakan demikian.Tapi kebelakangan ini saya jadi susah untuk tersenyum.Mungkin disebabkan tekanan,mungkin juga ianya berkait rapat dengan soal jiwa..^^.Bercakap soal senyum,saya teringat satu peristiwa.Seorang muslimat ditegur seorang muslimin yang tidak dikenali;


' u… look so sweet. With that smile'


Sedangkan bukan niat si muslimat untuk menghadiahi seulas senyuman buat orang yang tidak dikenali,muslimin pula tu.Apakah salah untuk seorang muslimah tersenyum?Bukankah senyum itu sedekah?Benar,tapi lihat dahulu kondisi dan keadaan. Fahami tujuan dan keperluan..Adakah bisa mengundang fitnah? 




Firman ALLAH swt di dalam surah AnNur ayat 31;
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya."
Jadi muslimah,senyumlah...tapi biar pada tempatnya.Sememangnya senyuman yang dilontarkan oleh seorang muslimah sangat berbahaya kepada lawan jantinanya. Kadang-kadang ianya mampu menghilangkan fokus seorang muslimin dalam memberi sebarang komitmen.

Mungkin kita pernah menonton iklan beberapa tahun lalu. Seorang gadis kelihatan sedang membaca buku diperpustakaan lalu saling berbalas senyuman dengan seorang jejaka. Akhirnya?Bahaya bukan bahana fitnah wanita? Yakni kadang-kadang ia datang tanpa kita sedari dan kita mahukan. Mungkin disebabkan hanya sedikit jalan atau lubang fitnah yang kita buka maka tersebarlah fitnah pada hati-hati lelaki dan kita juga.Semoga InshALLAH Tuhan memelihara kita dari dihampiri dan menghampiri fitnah dunia. Menjadi fitnah dan terjadi fitnah. AMIN. :)


Tuesday

Tentang JOdOh


Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Kebelakangan ini seringkali saya ditanya dan diajak berbincang mengenai Baitul Muslim.Berbagai persoalan yang dilontar.Ada yang saya jawab,ada pula yang saya diamkan kerna saya sendiri bukanlah 'ahli'nya untuk memperkatakan mengenainya.Tambahan pula saya sendiri sedang melalui saat-saat 'manis' di semester akhir pembelajaran...selalu juga diterjah persoalan mengenai tangga kedua dalam Maratibul Amal ( Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:Individu muslim – rumah tangga muslim(Baitul Muslim) – masyarakat muslim – kerajaan muslim – khilafah islam – empayar islam – Islam sebagai ustaziatul alam[pentadbir seluruh alam ini]) selepas pembentukan individu muslim.Kalau ikutkan rasa, mahu saja saya menjawab 'esok,insyaAllah' walau hakikatnya menyimpang.hee~....Teringat tulisan penulis muda,Hilal Asyraf dalam blog beliau yang bertajuk 'Muslimah lembik sebab fikir Baitul Muslim?'.Tak kira muslimin atau muslimat yang bergelar aktivis dakwah pasti akan lembik bila asyik membincangkan mengenai Baitul Muslim.Kenapa begitu?Kerana persoalan dan perkara yang dibincangkan hanya berlegar dan berpusing di point 'mencari jodoh dan pasangan hidup'.Sedangkan ianya bukan sekadar itu..tetapi perbincangan berkenaan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Baitul Muslim adalah batu bata dalam pembinaan Daulah Islamiyyah-agenda perjuangan untuk melihat Islam itu kembali tertegak sebagai satu sistem yang memerintah dunia. Jadi, suka untuk saya kongsikan sebuah kisah atau realiti yang sering terjadi di kalangan aktivis dakwah kerana salah faham berkenaan matlamat pembinaan Baitul Muslim seperti yang sering tejadi...Sama-sama mengutip pengajaran di sebalik secebis kisah...^^


Fadli gelisah di jendela biliknya. Sekejap jalan ke sana sekejap jalan ke sini. Namun hatinya masih ada debar yang sukar nak dibuang.

“ Hang ni pasai apa Li, gelisah semacam ja aku tengok. Keja pun hang tak pi. Hang sakit ka”.tanya Naimi ingin tahu. Fadli masih lagi mendiamkan diri. Dia memandang wajah Naimi tajam, seolah-olah singa yang mahu menerkam mangsanya.

“ Aku tengah takut ni”, jawab Fadli tiba-tiba.

“ Takut pasai apa pula. Hang dah buat salah tang mana?”,
Fadli semakin gelisah. Duduknya tidak tentu arah.Naimi semakin pelik melihat tingkah laku Fadli. Jarang sekali dia berkelakuan sebegini. Takutnya menjadi-jadi.

“ Cuba hang bertenang. Aku risau tengok hang macam ni. Duduk dulu, pas tu hang cita apa yang berlaku kat hang sebenaqnya. Kalau hang tak habaq, macam mana aku nak tau”, kata Naimi dengan lantang.

Fadli menarik nafas panjang. Dia duduk di hujung katilnya dan memandang ke arah Naimi.

“ Aku malu nak cita kang hang. Tak tau nak mula cita macam mana. Aku malulah. Tak yah lah cita”,balas Fadli membuatkan Naimi semakin bengang.

“ Hang anggap apa kat aku selama ni. Kalau hang rasa aku ni sahabat hang, hang cita. Kalau dak, suka hati hanglah. Aku nak paksapun hang dah besaq. Bukan kecik lagi”, marah Naimi dengan mulut muncungnya. Fadli menjadi serba salah. Dia tersenyum-senyum, seolah-olah apa yang bakal diceritakannya itu memang suatu yang memalukan atau melucukan. Naimi membiarkan sahaja Fadli di situ. Dia bergegas bangun dan keluar dari dalam bilik Fadli.

“ Naimi…nanti la. Takkan merajuk kot”, panggil Fadli sungguh-sungguh.

“ Bukan aku merajuk, tapi dah hang tak nak cita, buat apa aku tunggu lagi. Baik aku blah”, kata Naimi dalam nada yang masih marah.

“ Aku tau hang tau pasal masalah aku ni. Tentu Akhi Amirul dah cita. Saja ja hang buat-buat tak tau”. Uji Fadli.

“ Masalah apa. Mana aku tau? Akhi Amirul tak cita apapun. Hang pandai ja main tuduh-tuduh”, jelas Naimi sambil mengerutkan keningnya.

Fadli terdiam dan tersenyum lagi. Dia mula memicit-micit hidungnya, menggaru kepala yang entah gatal ataupun tidak. Dan…

“ Masalah aku sekarang….aku nak kahwin…”, tiba-tiba terpancul di mulut Fadli dan senyuman malunya terpancar di riak wajah. Naimi memandang serius kepada Fadli.

“ Hang ni biar betui. Dah berapa kali aku dengaq hang nak kawin. Tapi sampai sekarang dak juga kawinnya. Ha…kali ni dengan sapa pulak?”tanya Naimi serius.

Fadli menggaru-garukan kepalanya lagi. Dia seperti sukar untuk menceritakan kepada Naimi. Dia cuba melawan perasaan malunya yang terlalu menebal. Dia cuba membuka mulutnya, kali ini terlalu berat.

“ Akupun tak pasti siapa. Petang ni kami akan dipertemukan. Kata Akhi Amirul, akhawat tu anak buah Kak Zura. Ni yang membuatkan aku bertambah gementar ni”.

“ La…eloklah tu. Nak ketaq pasai apa pulak. Minta pada Allah, moga Allah mudahkan kali ini”.

“ Hang senang la cakap. Aku ni yang nak menghadapinya”.

“ Hang yang nak kawin. Hang kena hadapi la. Takkan aku pulak yang nak ketaq. Terbaliklah kalau macam tu. Tapi apapun yang pastinya minta pada Allah. Moga pilihan yang bakal hang buat nanti dimudahkan Allah. Jangan mengikut perasaan dan hati, tapi buatlah mengikut petunjuk Allah”, kata Naimi mengakhiri pertemuan kami.

Fadli memegang dadanya. Degupnya semakin kuat. Tak mampu dia menahannya. Pertemuan yang bakal menentukan kehidupannya. Dia mula teringat orang tuanya di kampung. Desakan demi desakan yang Fadli hadapi daripada orang tuanya. Desakan yang mahukan Fadli mendirikan rumahtangga segera. Ibunya yang terlalu mendesak menyebabkan perkara itu disuarakan kepada akhi Amirul. Sudah setahun berlalu dan kali ini Fadli mengharapkan urusan pengaturan perkahwinannya dipermudahkan oleh Allah…

Fadli mendiamkan diri seribu bahasa. Pertemuan yang telah diaturkan oleh Akhi Amirul berjalan dengan begitu baik. Dua hari telah berlalu. Namun, siapa sangka perkara itu masih berulang lagi. Fadli tidak mampu lagi berkata apa-apa dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya.

“ Apa lagi yang tak kena dengan hang ni, Li. Semua calon akhawat hang tolak. Hang nak macam mana lagi? Depa tu semua dah faham matlamat kita, kerja-kerja kita. Apa lagi yang tak puas di hati hang? Sebab apa? sebab depa tu tak cantik, hitam, pendek, gemuk. Adakah semua tu yang Allah nilai? Hang kan dah faham semua tu, sebab apa dok nak memilih lagi. Kalau macam ni, macam mana matlamat dakwah kita nak kembang”, leter akhi Wahab.

Fadli tunduk membisu tanpa mampu membalas persoalan-persoalan daripada akhi Wahab. Dia mengaku dia bersalah dalam membuat pemilihan. Dia masih lagi tidak mampu menerima calon akhawat yang telah dicadangkan oleh akhi Wahab dan akhi Amirul. Sebab kekurangan yang ada pada akhawat? Kekurangan hanya dari sudut fizikal. Fadli mula keliru. Keliru dalam menilai yang mana lebih perlu diutamakan? Pengisian-pengisian yang selama ini diterima masih belum mampu memberi kekuatan pada Fadli dalam membuat pemilihan yang terbaik. Dia masih keliru dengan pandangan-pandangan dunia. Adakah itu semua yang bakal kita bawa di akhirat nanti? Adakah itu yang akan menjadikan kehidupan kita lebih bahagia? Fadli semakin keliru.

“ Hang ni…Aku dah cakap dah. Jangan buat keputusan ikut hati dan perasaan. Sia-sia saja kita ni mengaku manusia yang beriman, tawakal dengan apa yang bakal diberikan oleh Allah, tapi dalam hal ni kita masih lagi kabur, kabur dalam memilih yang mana lebih baik dan yang mana perlu kita ketepikan. Aku sedih dengan ikhwah kita yang masih memilih dalam soal jodoh ni. Sebenaqnya kalau kita ni seorang yang benaq-benaq meletakkan keyakinan kepada Allah, soal siapa yang bakal menjadi teman hidup kita tu takkan kita persoalkan lagi tambah-tambah semua urusan itu telah diatuq. Sudah pasti urusan itu diatuq adalah yang terbaik untuk kita. Tapi inilah masalahnya yang berlaku”, marah Naimi.

“ Hang cakap senang sebab bukan kena kat batang hidung hang, Kalau hang ntah-ntah lebih teruk pada aku”, balas Fadli dengan nada yang keras.

“ Dak…aku cakap nipun untuk diri aku juga. Bukan nak tuju kat hang sorang ja. Ini masalah yang berlaku. Manusia ni lemah. Tidak tak katala nama manusia. Semua nak yang baik, yang cantik, yang lawa. Tak kata kat hang la. Majoriti memang macam tu. Tapi kita kena fikiq, kita ni lain sikit. Matlamat dakwah yang lebih luas tu yang perlu kita fikiqkan, juga dalam kita nak menentukan jodoh kita ni. Kita jangan jadi seperti orang biasa. Kita kena jadi orang yang luar biasa. Hang tak ingat lagi ka kata-kata akhi Amirul’, balas Naimi.

Fadli terdiam lagi. Kali ini memang kena betul-betul atas batang hidungnya. Dia tidak mampu lagi berdalih dan membela dirinya. Apa yang pasti keputusan yang telah dibuat olehnya benar-benar mengecewakan ramai pihak. Perasaan bersalah mula menghantui dirinya.

“ Saya tau saya yang silap dalam buat keputusan”, ucap Fadli dalam nada kecewa.

“ Baguslah kalau Fadli dah ada sedikit kesedaran. Sebenarnya diri kita ni perlu lagi diperbaiki dan kita juga perlu banyak muhasabah diri. Kerana kurang muhasabah dirilah yang menyebabkan diri kita ni suka buat sesuatu tu mengikut hawa nafsu”.ujar Jefry.

“ Betul tu…Tapi macam mana dengan masalah yang berlaku tu. Kadang-kadang rasa tak tahu nak letak muka ni kat mana. Semua nak salahkan saya”, rungut Fadli.

“ Apa yang berlaku sebelum ini jadikan pengajaran. Jangan ulangi lagi kesilapan lalu. Biarlah apa orang nak cakap, mulut orang memang tak boleh nak tutup. Pedulilah…”, pujuk Jefry.

Kata-kata Jefry memberikan sedikit kekuatan pada diri Fadli. Manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan, tapi kesilapan itu sebenarnya perlu dijadikan pengajaran agar ianya tidak berulang lagi. Kesilapan yang bukan sekali yang pernah Fadli lakukan, tapi cukuplah untuk kali ini, kesannya cukup memberi tamparan hebat kepada Fadli agar lebih yakin dalam membuat keputusan.






 

Min QalBi ILa UmMAh Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino | Distributed by Deluxe Templates